Lovina clinic
  • Home
  • About Us
  • Products
  • Aesthetics
  • Blog
  • Contact
May 5, 2019 by lovina

Tanda – tanda kehamilan.

Tanda – tanda kehamilan.
May 5, 2019 by lovina

Mempunyai cahaya mata sudah pastinya merupakan impian dan keinginan setiap pasangan suami isteri. Pastinya juga, banyak persoalan tentang kehamilan menjadi tanda tanya lebih-lebih lagi kepada yang belum pernah mengandung. Di sini, kami akan kongsikan beberapa tanda awal yang si Ibu mungkin mengandung.

  1. Lewat kedatangan haid.

Bagi yang mempunyai kitaran haid yang teratur dan tidak mengambil apa-apa ubat perancang keluarga, kelewatan haid merupakan salah satu signal awal yang si Ibu mungkin mengandung.

Namun begitu, kelewatan haid juga boleh disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti stress, perubahan pada diet dan aktif dalam bersukan. Jika haid masih tidak hadir melebihi 3 bulan dan pemeriksaan Urine Pregnancy Test (UPT) masih negatif, sila dapatkan nasihat doktor bagi pemeriksaan lanjut.

Last Menstrual Period (LMP)

LMP merupakan tarikh hari pertama turun darah haid bagi kitaran haid yang terkini. Soalan ini sering ditanya oleh para jururawat dan doktor bagi setiap pemeriksaan kerana dengan adanya LMP, jangka masa kandungan dapat dikira dan jika ianya tidak sepadan, ianya dapat membantu para doktor untuk membuat pemeriksaan lebih lanjut.

Sekarang lebih mudah, kerana ada banyak Aplikasi yang boleh membantu para wanita untuk sentiasa merekodkan hari pertama haid dengan mudah malah dapat membantu untuk menentukan masa kesuburan.

Morning Sickness

2. Mudah letih dan loya

Bukan mudah untuk membesarkan bayi di dalam kandungan. Banyak tenaga digunakan dan sesetengah ibu amat alah dengan hormone beta HCG yang semakin tinggi di dalam darah. Hormone inilah yang menyebabkan rasa mual dan kadang-kadang ibu muntah dan tidak bermaya. Ibu disarankan untuk kerap mengambil makanan yang kecil seperti biskut setiap 2-3 jam bagi mengurangkan kesan jus gastrik sekali gus mengurangkan rasa loya dan muntah.

3. Payu dara semakin membesar dan sensetif.

Sesetengah ibu mengalami rasa sakit dan sensitif pada bahagian payu dara atau dikenali sebagai “breast tenderness”. Payu dara juga akan kelihatan membengkak dan kawasan areolar akan mula membesar.

4. Mengidam atau menolak makanan/minuman.

Percaya atau tidak, setiap individual akan mempunyai respon yang berlainan bagi setiap kehamilan. Sesetengah ibu akan mula mempunyai kecenderungan kepada sesuatu makanan yang sangat tinggi yang mungkin pada ketika ibu tidak hamil, makanan atau minuman itu tidak langsung menjadi tumpuan. Begitu juga sebaliknya dengan makanan yang mungkin merupakan “favourite” si ibu tetapi ketika ini, ia merupakan sesuatu yang memualkan.

Namun, bukan semua individu sama. Ada juga yang langsung tidak mempunyai sebarang tanda sehinggalah si ibu sedar yang perutnya semakin membesar. Perkara ini sering berlaku kepada mereka yang tidak mempunyai kitaran haid yang teratur.

Jika anda masih ragu, lakukan pemeriksaan Urine Pregnancy Test pada hari ini, dan jika ianya positif, sila bertemu doktor anda bagi pemeriksaan lanjut.

Selamat Mencuba!

Previous articleINFANTILE COLIC/CRYING SPELL /SAWAN TANGISNext article PREMIUM DERMAPEN TREATMENT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

DIAMOND SILK PEELJanuary 1, 2021
ASID BORIK DALAM MAKANAN ANDADecember 21, 2019
NEUROCOSMETICS – THE NEW SCIENCE OF ANTI AGINGAugust 15, 2019
Owned by HND Wellness Sdn Bhd
Lovina Clinic © 2019

About This Sidebar

You can quickly hide this sidebar by removing widgets from the Hidden Sidebar Settings.

Recent Posts

DIAMOND SILK PEELJanuary 1, 2021
ASID BORIK DALAM MAKANAN ANDADecember 21, 2019
NEUROCOSMETICS – THE NEW SCIENCE OF ANTI AGINGAugust 15, 2019

Categories

  • blog
  • Uncategorized

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org