Lovina clinic
  • Home
  • About Us
  • Products
  • Aesthetics
  • Blog
  • Contact
December 21, 2019 by lovina

ASID BORIK DALAM MAKANAN ANDA

ASID BORIK DALAM MAKANAN ANDA
December 21, 2019 by lovina

APA YANG ANDA INGIN TAHU MENGENAI ASID BORIK?

Image result for mi asid boric

APA ITU ASID BORIK DAN KEGUNAANNYA?

Asid borik (H3BO3) merupakan bahan antiseptik, pestisid dan fungisid yang lemah. Ia selalunya digunakan untuk kawalan serangga, sebagai bahan pengawet kayu dalam industri perabut, industri kaca dan juga digunakan dalam bidang perubatan.

APA ITU BAHAN PENGAWET ?

Bahan pengawet ertinya apa – apa yang apabila ditambah pada makanan, boleh menyekat, merencat atau menahan proses penguraian, penapaian atau pengasidan makanan tersebut tetapi tidaklah termasuk herba, rempah, cuka atau asap kayu.

APAKAH BAHAN PENGAWET YANG DIBENARKAN DALAM PERATURAN- PERATURAN MAKANAN 1985?

Peraturan- Peraturan Makanan 1985 telah menyenaraikan bahan pengawet ( sulfur dioksida, asid benzoik, asid sorbik, asid propionik serta  garam natrium, kalium dan kalsium, natrium nitrat, natrium nitrit, kalium nitrat dan kalium nitrit) dan antimikrobial ( klorin dioksida dan hidrogen peroksida) yang dibenarkan penggunaannya dalam makanan tertentu. Asid boric tidak termasuk di dalam senarai ini.

APAKAH KESALAHAN PENGGUNAAN ASID BORIK DALAM MAKANAN MENGIKUT PERUNDANGAN ?

Penggunaan asid borik sebagai bahan pengawet adalah dilarang seperti yang termaktub di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan- Peraturan Makanan 1985. Seksyen 13(1) Akta Makanan 1983.

APAKAH PENALTI YANG DIKENAKAN MENGIKUT AKTA MAKANAN 1983?

Sub seksyen 13(1) di bawah Akta Makanan 1983 menyatakan “ mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalamnya atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi satu ratus ribu ringgit ( RM 100000.00) atau penjara selama tempoh  tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya”.

APAKAH MAKANAN YANG SELALU DIKESAN MENGANDUNGI ASID BORIK?

Makanan yang selalu dikesan mengandungi asid borik adalah makanan jenis pasta seperti mi kuning, kueh teow, laksa, loh se fun, mi wantan, mi Hokkien, mihun, kulit popia dan bak chang.

APAKAH KESAN SAMPINGAN KEHADIRAN ASID BORIK DI DALAM MAKANAN?

Individu yang memakan makanan yang mengandungi asid borik yang tinggi akan mengalami loya, muntah, cirit-birit , dermatitis, kegagalan buah pinggang, kegagalan akut sistem peredaran darah dan seterusnya ia boleh menyebabkan kematian, bergantung kepada paras asid borik yang masuk ke dalam badan individu tersebut.

BAGAIMANA MENGESAN KEHADIRAN ASID BORIK DALAM MAKANAN?

Analisi menggunakan air kunyit bagi mengesan asid borik dalam makanan adalah satu cara yang tidak tepat. Dalam pemprosesan mi contohnya, penambahan air soda ( natrium bikarbonat) digunakan bagi mendapatkan tekstur yang diingini. Air soda dalam mi ini akan bertindakbalas dengan kunyit yang menyebabkan perubahan warna kepada mi iaitu warna kuning kepada warna merah. Oleh yang demikian, pertukaran warna kepada warna merah tidak membuktikan kehadiran asid borik dalam makanan tersebut. Kehadiran asid borik hanya boleh disahkan melalui analisa di makmal.

BERAPAKAH TAHAP ASID BORIK DI DALAM MAKANAN YANG BOLEH DITERIMA?

Asid borik tidak boleh hadir langsung di dalam makanan. Kehadirannya dalam makanan adalah disebabkan segelintir pengusaha makanan yang tidak beretika dan hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkan aspek keselamatan makanan kepada pengguna. Ia digunakan oleh pengusaha makanan ini untuk menjadikan makanan yang dijual kepada pengguna lebih tahan lama dan kelihatan segar.

NASIHAT KEPADA PENGGUNA

Pengguna dinasihatkan supaya tidak menggunakan air kunyit sebagai ujian untuk mengesan kehadiran asid boric. Pengguna hendaklah melaporkan kepada Jabatan Kesihatan yang berdekatan sekiranya merasa sangsi akan pencemaran asid borik dalam makanan.

Previous articleNEUROCOSMETICS - THE NEW SCIENCE OF ANTI AGINGNext article DIAMOND SILK PEEL

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

DIAMOND SILK PEELJanuary 1, 2021
ASID BORIK DALAM MAKANAN ANDADecember 21, 2019
NEUROCOSMETICS – THE NEW SCIENCE OF ANTI AGINGAugust 15, 2019
Owned by HND Wellness Sdn Bhd
Lovina Clinic © 2022

About This Sidebar

You can quickly hide this sidebar by removing widgets from the Hidden Sidebar Settings.

Recent Posts

DIAMOND SILK PEELJanuary 1, 2021
ASID BORIK DALAM MAKANAN ANDADecember 21, 2019
NEUROCOSMETICS – THE NEW SCIENCE OF ANTI AGINGAugust 15, 2019

Categories

  • blog
  • Uncategorized

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

WhatsApp us