Lovina clinic
  • Home
  • About Us
  • Products
  • Aesthetics
  • Blog
  • Contact
August 9, 2019 by lovina

3 – MCPD

3 – MCPD
August 9, 2019 by lovina
3 – MCPD MOLECULE

APAKAH ITU 3-MCPD?

3-MCPD atau 3-monochloropropane-1,2-diol tergolong dalam kumpulan bahan pencemar ( kontaminan) kimia biasa yang lebih dikenali sebagai chloropropanols.

                                                  BAGAIMANAKAH 3-MCPD TERHASIL?

Satu bahan sampingan yang terhasil daripada tindakbalas asid hidroklorik pekat dengan gliserol (lemak sayuran) yang terdapat dalam protein tumbuhan.

Ianya juga terhasil dalam proses hidrolisis protein sayur HVP-Hydrolyzed Vegetable dengan asid hidroklorik pada suhu yang tinggi.

                    APAKAH JENIS MAKANAN YANG MENGANDUNGI 3-MCPD?

  • Sos berperisa,sos tiram,sos ikan,sos teriyaki,sos BBQ
  • Stok sup
  • Bahan penambahan perisa
  • Campuran “Gravy”
  • Snek berperisa
  • Sos HVP & HVP sebatian

ADAKAH 3-MCPD HARID DALAM KICAP?         

Penghasilan kicap menggunakan kaedah tradisional yang tidak di tambah HVP adalah bebas daripada 3-MCPD.

ADAKAH KESAN 3-MCPD TERHADAP KESIHATAN?

Kajian menunjukan 3-MCPD adalah bahan yang boleh menyebabkan barah pada tikus apabila terdedah kepada dos yang tinggi dalam tempoh masa yang panjang.

Walaubagaimanapun,kesan 3-MCPD terhadap manusia masih dalam kajian.

                SIAPAKAH YANG PALING TERDEDAH KEPADA 3-MCPD?

Pengguna yang berisiko tinggi terdedah kepada 3-MCPD adalah yang paling kerap mengambil makanan yang mengandungi 3-MCPD.

         APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN OLEH PENGGUNA?

  • Amalkan gaya hidup yang sihat
  • Amalkan makan makanan yang seimbang dan diet yang sihat termasuk meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayuran.
  • Kurangkan mengambil makanan yang mengandungi 3-MCPD secara berlebihan.

APAKAH LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN UNTUK MENANGANI MASALAH INI?

  • KKM sentiasa membuat pengawasan ke atas makanan yang mengandungi 3-MCPD bagi memastikannya berada di bawah paras yang dibenarkan dan selamat.
  • Penilaian Risiko (Risk Assesment) yang telah dijalankan oleh KKM ke atas makanan yang mengandungi 3-MCPD mendapati bahawa penduduk Malaysia tidak terdedah kepada risiko dan ianya bukanlah suatu yang membimbangkan.

BERAPAKAH PARAS 3-MCPD YANG DIBENARKAN DALAM MAKANAN?

Berdasarkan Peraturan-peraturan Makanan 1985,kadar maksimum 3-MCPD yang dibenarkan dalam makanan tertentu adalah dinyatakan di dalam Peraturan 38A dan Jadual Ke-Empat Belas seperti berikut:

MAKANAN KADAR MAKSIMUM YANG DIBENARKAN DALAM MAKANAN (mg/kg)
Semua makanan yang mengandungi protein sayur hidrolisis asid (makanan cecair). 0.02
Semua makanan yang mengandungi protein sayur hidrolisis asid (makanan pepejal). 0.05
Protein sayur hidrolisis asid 1.0


“AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT”                      

Previous articleLASER TREATMENT FOR HAIR LOSS PROBLEMNext article 61 BASELINE VITAMINS DEFICIENCY

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

DIAMOND SILK PEELJanuary 1, 2021
ASID BORIK DALAM MAKANAN ANDADecember 21, 2019
NEUROCOSMETICS – THE NEW SCIENCE OF ANTI AGINGAugust 15, 2019
Owned by HND Wellness Sdn Bhd
Lovina Clinic © 2019

About This Sidebar

You can quickly hide this sidebar by removing widgets from the Hidden Sidebar Settings.

Recent Posts

DIAMOND SILK PEELJanuary 1, 2021
ASID BORIK DALAM MAKANAN ANDADecember 21, 2019
NEUROCOSMETICS – THE NEW SCIENCE OF ANTI AGINGAugust 15, 2019

Categories

  • blog
  • Uncategorized

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org